Apa perbezaan antara jamu dan supplement?
Biasanya JAMU di perbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti cekur, kunyit, temu dan pelbagai tumbuhan lain lagi bagi merawat masalah kesihatan dan biasanya jamu ini bersifat panas.
Manakala SUPPLEMENT pula diperbuat daripada tumbuhan seperti Vitamin C dan binatang seperti Minyak Ikan untuk menampung zat yang diperlukan oleh badan manusia.
Perlukah mengambil JAMU atau SUPPLEMENT?
Perlu atau tidak berdasarkan keperluan badan seseorang. Jika anda mampu untuk makan makanan yang segar dan menolak makanan terproses maka anda tidak perlu mengambil jamu ataupun supplement. Tetapi jika anda mempunyai masalah untuk makan tepat pada waktu, sering makanan makanan yang terproses dan sering lesu anda AMAT DIGALAKKAN untuk mengamalkan jamu atau supplement.
Jadi, jika anda sering merasa letih, mudah marah, masalah jerawat, kitaran haid tidak teratur dan kerisauan yang melampau cuba ambil jamu atau supplement untuk merawat masalah anda.
" SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA KECUALI MATI".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan