Sabtu, 13 Mei 2017

Jadikan kekurangan itu kelebihan.

Sempena hari ibu ini marilah kita ingat kembali apa yang telah kita lakukan dalam mendidik anak-anak kita. Adakah kita telah memberikan apa sepatutnya kepada anak-anak tanpa membeza-bezakan mereka???
Ya, tidak dinafikan dalam diri setiap ibu bapa mesti akan terselit lebih sayang atau suka kepada seorang anak daripada anak yang lain. Ia mungkin disebabkan si anak itu lebih pandai, lebih baik dan sebagainya. Jadi apa yang akan terjadi kepada anak yang padanya kekurangan seperti tidak pandai, tidak mendengar kata dan sebagainya???
Di hari ibu ini marilah kenang kembali kenapa kita tidak suka atau kurang sayang kepada anak yang banyak padanya kekurangan. Jadikn kekurangan anak itu sebagai kelebihan yang ada padanya.
Seperti anak saya,diantara 5 anak saya anak yang no 2 itu kurang pandai, kurang mendengar cakap tetapi saya cuba untuk cari kelebihan yang ada pada dirinya agar tidak meminggirkannya dari adik beradik yang lain.

Rabu, 3 Mei 2017

Anugerah Ilahi

Anak adalah anugerah Ilahi yang tidak terhingga nilainya.
Setiap anak dilahirkan dengan sikap dan karakter yang berbeza dan yang pasti tahap IQ yang berbeza.
Bak kata pepatah dalam setandan pisang mesti ada juga sebiji pisang yang busuk begitu juga dengan anak2, dalam ramai anak-anak mesti akan ada seorang yang tak berapa pandai atau yang tak berapa berjaya dalam kehidupan.
Maka janganlah dibezakan anak-anak....