Khamis, 30 Ogos 2018

Jamu dan wanita


Wow, Hebatnya Jamu Untuk Kaum Wanita!

Wanita, macam mana nak cantik luar dan dalam? Selain untuk menjaga kecergasan tubuh, ada juga suplemen yang memberi khasiat untuk kecantikan. Kalau di Indonesia, jamu ni dah jadi makanan rutin mereka. Seawal usia remaja mereka sudah digalakkan untuk makan jamu. Tak peliklah kalau orang Indonesia semuanya kuat dan kulitnya cantik.

Apa yang bagus, jamu diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Antaranya seperti akar tumbuhan, daun-daun herba, batang-batang pokok berkhasiat, buah-buahan dan banyak lagi.

Kalau dulu, jamu dibuat dalam bentuk serbuk dan perlu dibancuh dengan air untuk dimakan. Sekarang lebih mudah,  dibentuk menjadi tablet atau kapsul. Nak makan pun tak  seksa.

Ok, apa kebaikan jamu ni?

1. Sesuai untuk wanita aktif. Ramuan dalam jamu biasanya membantu proses pencernaan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan keletihan, dan menguatkan sistem pertahanan tubuh.

2. Kalau wanita mempunyai masalah keputihan atau haid tidak teratur, pengambilan jamu sangat membantu. Tumbuhan seperti kayu ulas dan kendawung adalah antara ramuan yang selalu digunakan dalam jamu ni.

3. Jamu juga membantu untuk mengurangkan masalah jerawat atau resdung. Biasanya tumbuhan yang digunakan untuk jamu ini adalah temulawak, pegaga, daun senduk, dan kunyit.

4. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada beberapa ramuan dalam jamu yang membantu anda mengekalkan kesihatan dan kebersihan bahagian intim. Selain itu, pengambilan jamu boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan dalaman seorang wanita.

Sebagai seorang wanita, pengambilan jamu sangat penting. Anda tak boleh ambil mudah, elok dari zaman anak dara pun dah boleh mula makan. Tapi hati-hati kalau pilih produk mana yang mahu nak dibeli. Jangan terlalu taksub dan mudah terpedaya dengan 'omongan kosong' iklan-iklan di pasaran.

Pastikan jamu pilihan anda selamat dan mendapat kelulusan Lab Test atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ya! 😃

credit to : afida ayin azman

Rabu, 29 Ogos 2018

Jamu vs supplement

Apa perbezaan antara jamu dan supplement?
Biasanya JAMU di perbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti cekur, kunyit, temu dan pelbagai tumbuhan lain lagi bagi merawat masalah kesihatan dan biasanya jamu ini bersifat panas.
Manakala SUPPLEMENT pula diperbuat daripada tumbuhan  seperti Vitamin C dan binatang seperti Minyak Ikan untuk menampung zat yang diperlukan oleh badan manusia.

Perlukah mengambil JAMU atau SUPPLEMENT?
Perlu atau tidak berdasarkan keperluan badan seseorang. Jika anda mampu untuk makan makanan yang segar dan menolak makanan terproses maka anda tidak perlu mengambil jamu ataupun supplement. Tetapi jika anda mempunyai masalah untuk makan tepat pada waktu, sering makanan makanan yang terproses dan sering lesu anda AMAT DIGALAKKAN untuk mengamalkan jamu atau supplement.

Jadi, jika anda sering merasa letih, mudah marah, masalah jerawat, kitaran haid tidak teratur dan kerisauan yang melampau cuba ambil jamu atau supplement untuk merawat masalah anda.

" SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA KECUALI MATI".