Jumaat, 20 Oktober 2017

Makanan yang merosakkan kulit

Makanan yang merosakkan kulit.

Seperti mana makanan boleh mencantikkan kulit makanan juga boleh merosakkan kulit jika diambil dalam kadar yang banyak dan kerap.
Di sini saya berikan 5 makanan yang akan merosakkan kulit anda.

1 # Mee segera
Mengurangkan seri wajah
Kandungan msg yang tinggi sodium boleh menyebabkan kulit cepat terhidrat. Ini sekaligus menyebabkan kulit tidak lagi anjal dan hilang seri.

2# Macaroni and Cheese
Punca kedut dan jerawat pada wajah.
Ia tinggi dengan indeks glycemic yang mana menyebabkan kedutan dan jerawat pada wajah.

3 # Pizza
Merosakkan kolagen kulit.
Terbukti yang piza mengandungi kadar indeks glycemic yang tinggi. Ia sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah dan boleh menyebabkan masalah jerawat. Bukan itu sahaja, ia juga penyebab kolagen p

4 # Burito
Kulit dehidrat dan kusam.
Gabungan indek glycemic dan produk tenusu dalam burito membuatkan ia sebagai hidangan yang paling teruk untuk kulit. Kangan sodium yang tinggi juga menyebabkan kulit lebih mudah dehidrat dan menjadi kusam.

5 # French Fries
Peningkatan kedutan.
Umum tahu kentang goreng tinggi dengan kandungan sodium dan garam. Gabungan kedua-duanya menyebabkan kulit kekeringan dan menjadi kusam.

#penjagaankulit
#makananyangmerosakkankulit

Ahad, 15 Oktober 2017

10 makanan untuk kecantikan kulit

Setiap makanan ada manfaat dan kemudaratannya samada manfaat pada kesihatan atau kecantikan. Di sini saya senaraikan 10 makanan yang mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit.

1# Lada Benggala
Satu biji lada benggala cukup untuk membekalkan 100% keperluan vitaminC untuk sehari. Juga mengandungi vitaminB6 dan serat makanan yang membuatkan pemakannya merasa cepat kenyang.

Terdapat karotenoid dalam lada ini yang boleh membantu MENCEGAH KEDUTAN kulit dan meningkatkan peredaran darah ke kulit. Ia membantu kulit kelihatan lebih muda! Karotenoid juga agen MELAWAN JERAWAT. Ia hanya ada 30 kalori. Memang bagus untuk mereka yang takut kepada kalori tinggi.

2# Coklat Gelap
Untuk memiliki kulit yang cerah dan sihat, makanlah coklat. Ia kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols yang menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Antioksidan dalam coklat gelap membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit dari sinaran ultra unggu matahari. Kulit menjadi lebih sihat bila coklat membantu darah beredar dengan baik pada kulit.

Coklat yang baik ialah coklat mentah yang belum diproses. Coklat mentah ini biasanya dipanggil coklat masakan (cooking choc.) ia mungkin berbentuk kepingan bar atau serbuk.

3# Ikan Salmon
Salmon bagus untuk melawan tekanan, kebimbangan dan kemurungan diri. Ia membekalkan keperluan vitaminD untuk tubuh. vitaminD bertanggungjawab menjaga hati, tulang, usus dan otak. Salmon juga kaya dengan asid lemak omega-3, lemak yang baik untuk untuk melawan radang, kedutan dan jerawat. Lemak ini juga membantu ‘melembabkan’ kulit termasuk kulit kepala. Ini membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat dan sihat.

4# Minyak Kelapa Dara
Mengandungi asid laurik, iaitu agen antibakteria dan antivirus yang mampu menjauhkan jangkitan virus, keradangan dan jerawat. Juga kaya dengan asid lemak dan vitaminE yang menjadikan kulit lembab, lembut dan membantu mengurangkan kedut.

5# Teh Hijau
Teh hijau bukan makanan. Ia minuman. Tetapi tidak salahkan untuk memasukkannya dalam 10 kategori ini? Kerana siapa yang tidak minum setelah dia makan?

Teh hijau mengandungi bahan yang boleh membantu badan berehat setelah penat bekerja. Rehat yang cukup bagus untuk kesihatan. Ia juga ada sejenis bahan iaitu catechins yang hanya akif bila teh hijau direndam dalam air panas. Bahan ini ialah anti kanser dan anti radang.

Memadai untuk minum satu cawan sehari, ia boleh mengurangkan risiko terkena tekanan darah tinggi.

6# Bayam
Tidak ramai yang sukakan bayam, tetapi kita patut tahu bayam ialah sumber zat besi, folat, klorofil, vitaminE, magnesium, vitaminA, serat, protein tumbuhan dan vitamin. Begitu banyak khasiatnya. Rugilah jika mengabaikannya.

Bayam juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan semua jenis masalah kulit. Menambah bayam sebagai sayur kegemaran seperti membersihkan kulit dari luar dan dalam.

Sini saya sambung lagi 4 makanan yang elok untuk kulit.

7# Biji-Bijian
Biji bunga matahari, biji labu, biji rami dan segala biji yang boleh dimakan adalah baik untuk kulit. Biji labu dan biji bunga matahari kaya dengan selenium, vitaminE, magnesium dan protein. Selenium dan protein akan menghalang kedutan kulit awal. vitaminE meningkatkan kelembapan kulit. Magnesium merendahkan tekanan stress.

8# Saderi
Ramai yang memandang rendah sayuran ini. Bila makan apa-apa sup di kedai, selalunya orang akan buang saderi yang ada dalam sup itu. Sedangkan saderi amat bagus untuk kesihatan. Saderi mengandungi vitaminK yang bagus untuk peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Saderi juga memiliki natrium semulajadi, kalium dan kandungan air yang tinggi yang membantu mengelakkan kulit kering. Kulit kering bermaksud kusam, mengelupas, kedut dan jerawat.

9# Betik
Amalkan makan betik dan lupakan produk pelangsingan badan! Betik rendah kalori, tiada kolesterol dan ia mengenyangkan. Ia rendah fruktosa dan sangat baik untuk pencernaan usus. Bagus untuk penurunan berat badan!

Nutrien antioksidan di dalam betik termasuk vitaminC, vitaminE dan beta-karotena boleh mengurangkan keradangan dan jerawat juga melindungi kulit dari panas terik matahari.

10# Lobak Merah (karot)
Karot bukan sahaja baik untuk kulit malah baik untuk penglihatan. Karot boleh dipanggil ubat jerawat. vitaminA yang kaya di dalam karot membantu mencegah kanser kulit dan membantu menanggakan kulit mati.

Seperti saderi yang bagus diratah mentah, lobak merah atau karot juga sedap diratah. Jangan diratah lonak tua. Nanti ‘patah’ gigi. Pilih karot muda atau ‘baby’ karot yang lembut dan manis rasanya.

Jadi untuk kulit yang sihat dan cantik ambil makanan ini sekerap yang boleh dan pastikan ia bukan makanan yang telah diawetkan.

#penjagaankulit
#jeniskulit
#makananuntukkulit

Penjagaan KULIT KERING

Penjagaan dan rawatan KULIT KERING

Kulit terjadi disebabkan oleh faktor genetik, persekitaran kering, suhu sejuk, menggunakan produk sabun yang keras, pengambilan cecair yang tidak mencukupi atau berjemur berlebihan.
Dalam kes ringan, kulit mungkin terasa kering dan ketat hanya memerlukan pelembab kulit kering yang terbaik. Mungkin terdapat gatal-gatal merah atau putih yang gatal, atau kulit bersisik.
Dalam kes yang paling teruk, terdapat pendarahan atau kesakitan. Keadaan kulit kering yang teruk boleh menjadi gejala seperti ekzema, dermatitis dan psoriasis orichthyosis. Dalam hal ini anda harus berjumpa dengan doktor.
Rawatan kulit kering adalah dengan mengelakkan dengan membasuh muka atau mandi dengan air panas. Disamping itu digalakkan untuk minum air dengan secukupnya dan selalu memakai pelembap.

#ambiltahu
#jeniskulit
#penjagaankulit
#kulitkering

Jumaat, 13 Oktober 2017

Penjagaan untuk KULIT SENSITIF

Jika anda mempunyai jenis kulit sensitif, anda mungkin tahu betapa mudahnya kulit anda menjadi radang dan alahan. Kulit sensitif bermakna perkara yang berbeza dari orang yang berbeza tetapi tahap haba, diet dan kelembapan adalah unsur yang boleh mencetuskan alahan kepada kulit yang sensitif.

Orang yang mempunyai jenis kulit yang sensitif mudah terdedah kepada pembentukan tompok berwarna merah dan gatal-gatal.

Kulit sensitif memerlukan rutin penjagaan kulit yang sangat telitj dan ia mengambil masa untuk mencari penjagaan kulit yang terbaik untuk kulit sensitif kerana banyak produk penjagaan kulit mengandungi bahan-bahan yang dapat menyebabkan alahan. Sesetengah produk pembersihan menjadikan kulit kering manakala pelembap dapat mencetuskan masalah kulit.

Adalah penting untuk mencari produk penjagaan kulit untuk kulit yang sensitif yang dirumus khas serta bebas minyak wangi, sabun dan bebas bahan pemutih. Orang yang mempunyai kulit sensitif harus mencari produk yang menyediakan pembersih lembut yang tidak memgeringkan kulit dan pelembab untuk mengelakkan kerengsaan.

#penjagaankulit
#jeniskulit
#kulitsensitif

Penjagaan KULIT BERMINYAK

Memiliki kulit wajah yang berminyak memang merimaskan sekali, kerana kulit wajah yang berminyak biasanya mudah sekali mendapat pelbgai masalah kulit wajah seperti jerawat, bintik hitam dan gatal-gatal. Memiliki kulit wajah yang berminyak juga cenderung kelihatan kusam dan menurunkan kepercayaan diri.
Selain itu wajah berminyak biasanya memiliki liang pori yang besar sehingga mudah bagi kotoran dan debu untuk melekat di muma, itulah mengapa kulit wajah yang berminyak cenderung mudah terserang jerawat dan bintik hitam.

Tetapi tahukah anda bahwa sebenarnya memiliki jenis kulit wajah yang berminyak memiliki keuntungan tersendiri kerana jenis kulit wajah yang berminyak tidak mudah mengalami masalah kulit wajah berkedut dibandingkan dengan jenis kulit wajah kering.

Namun sebagian orang menganggap bahwa memiliki kulit wajah yang berminyak adalah suatu masalah maka tidak heran pada saat ini banyak sekali orang-orang dengan kulit wajah yang berminyak mencari berbagai solusi untuk mengatasi masalah kulit wajah berminyak yang sedang mereka alami.

Banyak diantara kita suka mencari pelbagai produk kecantikan untuk mengatasi wajah berminyak, namun apakah produk kecantikan tersebut sesuai untuk kulit wajah anda, maka pilihlah produk kecantikan untuk mengatasi masalah kulit wajah berminyak yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan bebas bahan kimia kerana bahan-bahan semulajadi telah terbukti baik untuk kesihatan kulit dan tanpa kesan samping yang merbahaya.

Atau anda boleh juga menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah untuk membantu mengatasi masalah kulit wajah yang berminyak.

1- Putih telur
Ambil sebutir telur kemudian asingkan putih telur dengan kuningnya.
Ambil putih telur sahaja.
Kemudian sapukan pada kulit wajah anda secara merata.
Biarkan sampai kering.
Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Lakukan cara ini 2 kali seminggu.

2- Lemon
Campurkan 1 sudu makan air lemon dengan 1 sudu teh air teh.
Kacau hingga sebati.
Kemudian sapukan pada seluruh kulit muka  menggunakan kapas.
Biarkan selama 10 -15 minit.
Kemudian bilas dengan air suam.
Lakukan cara ini sekali sehari.

3 - Tomato
Potong tomat menjadi beberapa bahagian.
Lalu gosokan secara lembut pada seluruh kulit muka anda.
Biarkan selama 15 minit.
Kemudian bilas dengan air sejuk.
Lakukan cara ini sekali sehari.

4 - Madu
Sapukan madu keseluruh muka.
Biarkan selama 15 - 20 minit.
Kemudian bilas wajah anda menggunakan air suam.
Lakukan cara ini setiap hari agar mendapat kesan yang lebih optimum.

5 - Lidah buaya
Potong lidah buaya menjadi beberapa potongan, kemudian ambil lendirnya saja.
Sapukan lendir lidah buaya tersebut pada seluruh kulit muka anda.
Biarkan sampai kering.
Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Lakukan cara ini sekali sehari.

6 - Yogurt
Sapukan yogurt secukupnya pada kulit muka anda.
Biarkan selama 15 minit.
Kemudian bilas dengan air sejuk.

#ambiltahu
#jeniskulit
#penjagaankulit
#kulitberminyak

Rabu, 11 Oktober 2017

Cara penjagaan kulit normal


Jenis kulit wajah normal ini biasanya jarang sekali terjadi masalah kulit wajah dan sangat mudah sekali untuk menjaganya.

Namun bukan bererti tidak perlu menjaga kesihatan kulit normal tersebut, kalau tidak dirawat dan dijaga dengan betul akan timbul masalah tertentu.

Anda tidak perlu untuk merawat jenis kulit wajah normal ini, cukup pastikan kebersihan kulit wajah dan  jangan lupa untuk memakai pelembab agar debu, kotoran dan kuman tidak bersarang pada kulit agar tidak timbul masalah kulit kemudian hari.

#ambiltahu
#jeniskulit
#penjagaankulit
#kulitnormal

Selasa, 10 Oktober 2017

Penjagaan kulit kombinasi


Majoriti orang yang mempunyai jenis kulit gabungan di mana minyak dihasilkan di sekitar hidung dan dahi tetapi tidak di sekeliling mata, di pipi atau pinggir muka.
Untuk meningkatkan kesihatan kulit apabila anda mempunyai kulit kombinasi ialah dengan mengubah penjagaan kulit untuk kawasan wajah yang kering dan berminyak.
Penjagaan kulit untuk kulit kombinasi perlu mensasarkan zon kering di sekeliling mata dan di pipi iaitu dengan menggunakan  pelembab kulit gabungan.
Pada masa yang sama kawasan berminyak pada muka (seperti dahi dan hidung) akan mendapat manfaat dari pembersihan kerap dan menyeluruh dengan pembersih bebas sabun yang sesuai, serta pelembab harian dengan produk yang direka khusus untuk kulit gabungan.

#ambiltahu
#jeniskulit
#kulitkombinasi
#penjagaankulit

Ahad, 8 Oktober 2017

Jenis-jenis kulit kita.

Secara umumnya kulit terbahagi kepada 5 jenis:
1 - Kulit Normal.
Kulit yang tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Ia mempunyai ciri-ciri berikut:
   ☆ Tidak terlalu sensitif.
   ☆ Tidak nampak liang pori.
   ☆ Warna kulit yang sekata.
   ☆ Sangat sedikit cela di kulit.
2 - Kulit Kering.
Kulit yang kurang kelembapannya dan sangat sikit minyak yang melindungi dan mempertahankan kelembapan di permukaan kulit. Diantara ciri-ciri kulit kering:
   ☆ Biasanya tidak kelihatan liang pori.
   ☆ Permukaan kulit yang kusam dan kasar.
   ☆ Kulit kurang elastik.
   ☆ Nampak lebih banyak garis-garis pada kulit.
3 - Kulit Berminyak.
Ialah kulit yang mempunyai kadar minyak yang berlebihan pada kulit khususnya muka.
    ☆ Kulit berminyak disebabkan oleh faktor genetik.
    ☆ Ia juga disebabkan oleh stress atau terdedah    kepada panas atau suhu yang terlalu lembab.
   ☆ Wajah lebih kelihatan berminyak di T-zone ( dahi,hidung dan dagu )
   ☆ Liang pori kelihatan lebih besar.
   ☆ Kulit mudah menjadi kusam dan berkilat.
   ☆ Mudah mendapat jerawat.
4 - Kulit kombinasi.
Kulit nampak normal atau kering di sesetengah kawasan dan berminyak di sebahagian yang lain seperti T-zone. Ramai orang mempunyai kulit jenis inj.
   ☆ Liang pori kelibatan lebih besar dari biasa.
   ☆ Mudah mendapat blackheads.
   ☆ Kulit nampak berkilau di kawasan yang berminyak.
5 - Kulit sensitif.
Kulit sensitif disebabkan oleh beberapa faktor yang menjadikan ia sensitif. Amat penting untuk mencari punca kenapa kulit menjadi sensitif. Diantara ciri- ciri kulit sensitif :
   ☆ Nampak kemerahan di kulit.
   ☆ Kulit kelihatan seakan terbakar.
   ☆ Kulit menjadi kering dan gatal.

# Jenis kulit berubah seiring dengan waktu dan usia.
# Perubahan kulit juga dipengaruhi oleh genetik serta cara penjagaan kulit oleh seseorang itu.
# Jenis kulit berbeza - beza kerana faktor berikut:
- kadar air yang diambil mempengaruhi tahap elastik kulit.
- kadar minyak di kulit yang mempengaruhi kelembutan kulit.
- tahap sensitiviti kulit.

Jadi yang mana satu jenis kulit anda??