Assalamualaikum dan selamat malam.
Lama dah tak bersiaran kerana hambatan masa yang tak mengizinkan.
Tahun ini saya masih lagi menjadi guru kelas tingkatan 3 lelaki dan ia adalah kelas yang paling hujung iaitu kelas 3 CL. Tahun lepas 3 KL seramai 21 orang pelajar. Bila ditukar kepada 3CL dan mendapat tahu ia mempunyai 41 orang pelajar macam - macam perkara bermain di fikiran. Kelas yang hujung dengan pelajar yang ramai, memang menggerunkan. Kebiasaan pelajar yang duduk di kelas hujung ni biasanya mempunyai masalah keluarga, malas belajar dan macam-macam masalah lagi. Hari pertama masuk kelas memang cuak tapi respon dari pelajar - pelajar ni Subhanallah masyaAllah sangat mengagumkan. Sangat berbeza dari pelajar tahun lepas. Mendengar arahan, beradab dan yang paling utama mahu belajar.
Jadi, setiap orang tak sama. Walaupun kelas yang sama tapi keupayaan mereka tak sama. Alhamdulillah, walaupun pelajar dalam kelas saya ramai tetapi mereka mendengar kata.
Semoga mereka semua cemerlang dalam PT3 tahun ini......
Amiiiiinnnnn.
Berkongsi tips dan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan pengambilan supplement shaklee.
Jumaat, 10 Februari 2017
Setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan